Majlis Penutup Bulan Kebangsaan SETEJA 2025

Majlis Penutup Penuh Semangat Patriotik

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan SETEJA 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bersemangat di Dewan Taming Sari, SK Taman Tun Teja pada 12 September 2025. Majlis ini menjadi kemuncak kepada pelbagai aktiviti Bulan Kebangsaan yang telah dijalankan sepanjang Ogos dan September bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga sekolah.

Kehadiran dan Ucapan

Majlis telah dihadiri oleh Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru serta seluruh murid sesi pagi dan petang. Dalam ucapan penutup, Guru Besar menekankan kepentingan nilai patriotisme, semangat perpaduan, serta rasa syukur atas kemerdekaan yang dikecapi hasil perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.