Memperkuat Jalinan Pendidikan Malaysia - Aceh

ACEH – 16 September 2025
Sekolah Kebangsaan Taman Tun Teja, Rawang, Selangor, Malaysia telah berpeluang mengadakan kunjungan lawatan penanda aras ke Jabatan Pendidikan Aceh. Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Ketua Jabatan Pendidikan Aceh, Marthunis, S.T., D.E.A.

Lawatan ini menjadi wadah penting dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama pendidikan antara Malaysia dan Aceh. Pelbagai aspek pembangunan pendidikan serta inisiatif inovasi pembelajaran telah dibincangkan, dengan harapan membuka ruang kepada kerjasama rentas negara yang lebih erat.

Pihak SK Taman Tun Teja merakamkan penghargaan atas sambutan yang diberikan serta menzahirkan komitmen untuk terus berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam memperkasa kualiti pendidikan demi manfaat bersama.