Sejarah PenubuhanTelah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan 10 buah taman sekitar Batu 16 Rawang. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menjayakan hasrat tersebut. Memorandum bertarikh 06 Mac 2006 telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Pembinaan sekolah telah dimulakan pada penghujung tahun 2006 di Lot 310, Batu 16 Rawang. Pada April 2010 Encik Halimon bin Suratman (kini Pegawai di PPD Gombak) telah dianugerahkan sebagai Caretaker bagi mengurus sekolah serta menerima perabot dan peralatan. Penyerahan penuh telah diadakan pada 08 Oktober 2010 oleh Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Puan Suhairi binti Mat Ludin selaku Guru Besar pertama SK Taman Tun Teja yang telah melapor diri pada 01 Julai 2010. Kumpulan 1 iaitu seramai 600 murid serta 23 guru telah diterima pada 15 dan 16 November 2010. SK Taman Tun Teja mula beroperasi penuh pada Januari 2011 dengan 47 kelas, 2 prasekolah, 84 guru dan 5 staf sokongan. Pada tahun 2014 jumlah murid telah meningkat kepada 1733 murid perdana, 100 murid prasekolah dan 108 orang guru. Jumlah kelas perdana sebanyak 48 kelas dan 4 kelas prasekolah. Pada November 2016, bilangan murid adalah seramai 1789 orang murid perdana, 100 orang murid prasekolah, 111 orang guru serta 10 orang kakitangan pejabat. Pada tahun 2018, bilangan murid dijangka sermai 1789 orang murid perdana, 100 orang murid prasekolah, 111 orang guru serta 10 orang kakitangan pejabat. Pada tahun 2021, bilangan murid dijangka seramai 1783 orang murid perdana, 24 orang murid PPKI, 100 orang murid prasekolah, 112 orang guru serta 12 orang kakitangan pejabat. Pada bulan September 2014 Puan Suhairi binti Mat Ludin telah bersara wajib (58 tahun) dan tugas Guru Besar telah dipangku oleh Norma binti Arof selama 3 bulan. Pada 15 Disember 2014, Puan Yus Asima binti Man telah melapor diri sebagai Guru Besar yang ke 2 hingga 15 Jun 2017. Kemudian pada 15 Jun 2017, Puan Noraini binti Tungol telah melapor diri sebagai Guru Besar yang ke 3 sehingga 01 April 2021 dan telah berpindah ke SK Merbau Sempak. Pada 01 April 2021 Encik Zulkefli bin Othman telah diamanahkan untuk meneruskan pengurusan sebagai Guru Besar di SK Taman Tun Teja. Pelbagai program dirangka dan dilaksanakan demi kemenjadian murid ke arah kecemerlangan berlandaskan pembelajaran abad ke 21. Rasmi
|